Menu
Suneo Honekawa Watak utamaDoraemon (bahasa Jepun: ドラえもん) merupakan robot kucing jantan dari abad ke-22. Tarikh lahir (tarikh penghasilan) rasmi pada 2 September 2112 di Kilang Robot Matsushiba, Kawasaki, Kanagawa.
Nobita Nobi (野比 のび太, Nobi Nobita) merupakan anak tunggal kepada Nobisuke Nobi dan Tamako Nobi. Nobita seorang murid sekolah rendah di Tokyo. Dia biasa dilihat memakai cermin mata, kemeja polo berwarna merah atau kuning berkolar putih dan seluar putih. Karakter Nobita digambarkan penuh dengan kelemahan. Dia seorang yang malas, tidak bijak, lemah, bernasib malang, dan lemah dalam sukan.
Shizuka Minamoto (源 静香, Minamoto Shizuka) adalah seorang gadis yang pintar, baik dan comel. Dia adalah kawan terbaik Nobita. Shizuka akan berkahwin dengan Nobita pada masa akan datang. Dia suka makan kentang manis dan untuk bermain biola.
Takeshi Goda (剛田 武, Gōda Takeshi) juga dikenali sebagai Giant (ジャイアン, Jaian) merupakan kaki buli yang suka mengacau budak-budak lain, terutamanya Nobita. Giant juga gemar menyanyi, dan inilah sesuatu yang paling ditakuti penduduk bandar di sekitarnya kerana nyanyiannya teruk dan terlampau kuat. Namun, dia paling takut akan ibunya sendiri. Sungguhpun sering berkelakuan kasar, Giant amat menyayangi adik perempuannya, Jaiko yang bercita-cita menjadi seorang mangaka (pelukis komik).
Suneo Honekawa (骨川 スネ夫, Honekawa Suneo) merupakan budak kaya yang celupar dan suka menunjuk-nunjuk harta kekayaan keluarganya di depan Nobita dan kawan-kawan. Dia sering bersama dengan Giant dan bersama-sama membuli Nobita. Sebenarnya Suneo amat bencikan Giant, maka sebab dia membantu Giant membuli Nobita adalah semata-mata untuk memastikan kebebasannya. Dalam permulaan kebanyakan episod Suneo sering menunjuk-nunjuk permainan video barunya atau pelancongan mahal di depan kawan-kawan. Dia juga mempunyai adik lelaki bernama Sunetsugu yang sedang tinggal bersama bapa saudaranya di New York City.
Menu
Suneo Honekawa Watak utamaBerkaitan
Suneo Suneung Suntory Sunjo dari Joseon Sune Bergström Suncoast Sundowning (album Sleep Token) Suncor Energy Sunjong dari Korea SunoRujukan
WikiPedia: Suneo Honekawa